TERIMA KASIH KERANA MEMILIH ABANG TRAVEL SEBAGAI MEDIUM PERCUTIAN ANDA 

WAJIB BACA DAN AMBIL TINDAKAN, JIKA ANDA TIDAK BACA DAN TERLEPAS SEBARANG INFO, PIHAK ABANG TRAVEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KESULITAN

.
1) PASSPORT 

- Bawa Passport yang sah lebih dari 6 bulan dari tarikh tamat tempoh

-Sekiranya ada pernah masuk ke Thailand sebelum PKP dan sekarang hendak masuk ke Thailand sekali lagi dengan menggunakan passport baru, anda wajib membawa passport yang lama juga atau sekurang2 ada lampiran di dalam telefon. 

 
 
-Pastikan anda tidak ada kes atau isu dengan PTPTN atau LHDN. Sekiranya ada, dapatkan dokumen pengesahan bebas ke luar negara dr Pejabat PTPTN atau LHDN ( pengesahan melalui online@mobile tidak dilayan oleh Imigresen ).
SEMAK STATUS PERJALANAN ANDA DI SINI
2) CHECK LIST

✅Tukar duit Thai Baht siap2 di Malaysia
- Bawa duit Malaysia (Spare)/Aktifkan kad ATM untuk kegunaan di luar negara
- ⁠jika tidak cukup boleh tukar di thailand
✅Ubatan penting
✅International plug adapter 
✅Bantal leher, selimut, baju sejuk utk kegunaan di dalam bas supaya tidur lebih nyenyak
✅Power bank
✅Handphone charger
✅Pakaian secukupnya
✅sunblock
✅Kasut yang selesa untuk berjalan 
✅Telekung, sejadah untuk muslim
✅Toiletries
✅Iron (jika perlu) kebanyakan hotel di thailand tiada iron
✅Sejadah, Telekung untuk wanita muslim
✅go pro (jika perlu)
✅Topi (jika perlu)
✅Spek hitam (jika ada)
✅Selipar (jika perlu)
✅Kipas tangan(jika perlu)
✅Payung/ Baju hujan
✅Makanan & Minuman untuk sesiapa yang cepat lapar boleh bawa roti, biskut, air dan simpan dalam bag galas.
3) VAPE

VAPE ADALAH DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DIBAWA MASUK KE THAILAND ‼️


Jika ditangkap akan didenda sebanyak 30,000 THB, dan jika anda gagal selesaikan bayaran, anda tidak dibenarkan keluar dari Thailand
PERATURAN THAILAND KLIK DI SINI
4) Yang TIDAK BOLEH/MEMPUNYAI HAD beli di THAILAND 
 
  • tumbuh-tumbuhan
  • haiwan
  • Semua jenis beras TIDAK BOLEH melebihi 5KG SEORANG
  • Buah-buahan TIDAK BOLEH melebihi 10KG SEORANG
  • Segala jenis pakaian TIDAK BOLEH lebih 20HELAI SEORANG
5) Barangan Tajam

Barangan tajam seperti pisau kecil, gunting dan sebagainya tidak dibenarkan untuk bawak masuk ke Thailand.

Risau nanti sangkut dekat imigresen Thailand. Bagi yang perlu gunting/pisau untuk potong ubat, boleh potong siap siap di rumah okay 
6) Ubat 

Pada siapa yang makan ubat, sila pastikan ubat anda mencukupi. Dan biarkan dalam packaging dia. Kalau boleh jangan beli ubat yg di prescribe doktor di Thailand takut berbeza dose nya dan lain kandungannya.   
Penting yg makan ubat sila bawa sendiri.
7) Payung

Pada siapa yang ada payung kecik boleh bawak letak dalam bag just in case dekat sana nanti hujan ataupun panas boleh lah cover guna payung.

Cuaca dekat thailand sekarang tidak menentu, Sekejap panas sekejap hujan so boleh lah spare siap siap payung.
8) Cash

Boleh standby duit RM lebih juga ye.
Mana tahu seronok membeli. Maklumlah kita ni pantang nampak.


Jika nak guna kad atm di luar negara, Pastikan dah call bank masing-masing untuk activekan pengeluaran cash di luar negara
9) TIPS KOPI UNTUK IMIGRESEN THAILAND

BORDER BUKIT KAYU HITAM

- Kumpulkan RM2 ketika pergi dan  RM2 ketika balik setiap orang dan berikan kepada driver van ThailandUNTUK IMIGRESEN THAILAND SAHAJA. 


-Jika anda masuk melalui Bukit Kayu Hitam,sebelum sampai imigresen Malaysia, anda akan jumpa CTC tempat tukar duit sebelah kiri dan seterusnya Masjid Bukit Kayu Hitam. 

-Untuk lokasi parking di Free Duty sila tekan link dibawah.

 
LOKASI CTC TEMPAT TUKAR DUIT
LOKASI MASJID BUKIT KAYU HITAM
LOKASI PARKING BUKIT KAYU HITAM KLIK SINI
VIDEO PARKING BUKIT KAYU HITAM KLIK SINI
PASTIKAN ANDA BAGI PASSPORT SETIAP ORANG UNTUK DI COP KETIKA DRIVE THRU DI IMIGRESEN MALAYSIA. JIKA TIDAK, ANDA PERLU PATAH BALIK BERATUR UNTUK COP!!!!
  • BORDER PADANG BESAR

-  RM2 ketika pergi dan RM2 ketika balik berikan kepada driver thailand UNTUK IMIGRESEN THAILAND SAHAJA.
IMIGRESEN MALAYSIA TIDAK PERLU SELIT.
- Jika anda menaiki Train Ets ke Padang Besar , ada dua cara hendak ke Imigresen Malaysia. 
  1. Jalan kaki melalui jejantas yang disediakan dalam 1km lebih dan turun tangga ke Imigresen Malaysia Padang Besar
  2. Grab atau teksi boleh book sendiri 
VIDEO JEJANTAS
LOKASI PARKING JIKA ANDA DRIVE KE PADANG BESAR (KLIK SINI)
Parking berbayar di Padang Besar
  • BORDER RANTAU PANJANG

Bagi Border Rantau Panjang, Van Thailand hanya pickup selepas cop passport Thailand. Jadi anda perlu jalan kaki sejauh 400-500 meter ke Border Thai. Ada disediakan motor sapu jika anda tidak boleh berjalan. SILA TAKE NOTE !!
Anak panah ini menunjukkan tempat parking kereta di Border Rantau Panjang, sebelum sampai di Border Rantau Panjang, sebelah kanan.
VIDEO RANTAU PANJANG KLIK SINI
  • SIM KAD DAN ADAPTER THAILAND
Simkad + adapter RM35

Simkad sahaja RM30
Adapter sahaja RM10

 
  • TRAVEL INSURANS 
Thailand Insurance yang kami sediakan adalah RM10 untuk insurans perjalanan diatas van sahaja dan cover untuk 7 hari sahaja.

Info buat anda yang ingin travel , Kami syorkan anda untuk membeli Travel Insurance sendiri. Boleh booking online, link di bawah.
ALLIANZ INSURANCE
AIG INSURANCE
ETIQA INSURANCE
CHUB TRAVEL INSURANCE
TOKIOMARINE INSURANCE
AXA INSURANCE
GO BEAR INSURANCE
JIka mengambil Flight Air Asia
boleh add on FLIGHT INSURANCE sebelum booking dan ketika web checkin 

persedian berlaku Flight cancel/delay/bagasi hilang dan rosak/dll

Sila Alert‼️‼️
sekiranya anda tidak membeli Travel insurance dan Flight Insuran ,jika berlaku perkara yang tidak di ingini..Segala Kos ada lah menjadi tanggungan
  • QIBLA FINDER
Jika anda berada di Thailand, nak solat boleh guna apps ni. Power benda ni tentukan arah kiblat yg tepat menggunakan Augmented Reality (AR).Tak perlu download apps hanya access guna browser sahaja.
ARAH KIBLAT KLIK SINI
  • WAKTU SOLAT DI THAILAND

Sila tekan link dibawah tapi perlu tukar dahulu bahasa diatas sebelah kanan. Boleh pilih wilayah thailand yang anda pergi, contoh nya Hatyai boleh pilih Songkhla.
WAKTU SOLAT KLIK SINI